Sunday 15 May 2016


 TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK






Taman permainan merupakan sebuah kawasan terbuka atau tertutup khas yang direka supaya kanak-kanak dapat bermain di situ. Kebanyakan taman permainan terbuka terletak bersebelahan dengan padang awam yang boleh digunakan oleh orang dewasa. Taman permainan ini juga merupakan salah satu cara yang menyumbang perkembangan sosioemosi kanak-kanak sebagai contoh emosi gembira. kanak-kanak akan berasa gembira ketika bermain di taman permainan. Oleh itu sebagai ibu bapa seharusnya sentiasa membawa anak-anak mereka bermain di taman permainan pada waktu lapang supaya boleh meningkatkan lagi perkembangan sosioemosi dalam diri kanak-kanak. Bermain di taman permainan boleh menerapkan lagi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

  
      ALATAN-ALATAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK




Contoh alatan-alatan yag terdapat di taman permainan kanak-kanak, antaranya ialah jongkang jongket, buaian, gelongsor, merry go round, palang besi, penunggang spring dan akhir sekali pemanjat. Tugas kanak-kanak adalah bermain. Dengan cara bermain dengan secara tidak langsung ia dapat meningkatkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak ketika bermain. Permainan-permainan ini membolehkan atau merangsangkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak ketika bermain. kanak-kanak akan berasa gembira atau seronok ketika bermain di taman permainan bersama kawan-kawan yang lain. Ini merupakan salah satu caranya bagaimana untuk menyumbangkan peningkatan perkembangan sosioemosi kanak--kanak. 




Thursday 12 May 2016


Assalamualaikum adik-adik semua !!!


SI CERDIK HENDAK BERKONGSI !!





PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI


DEFINISI SOSIOEMOSI

Perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindak balas terhadap  sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.


APA ITU PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI ???

Perkembangan sosioemosi adalah gabungan kepada sosial dan emosi yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Sosial membawa maksud kepada keupayaan seseorang dalam menjalinkan hubungan yang mesra antara satu sama lain. Emosi pula merujuk kepada perasaan seseorang individu itu dalam menjalani kehidupan sehariannya. perkembangan sosioemosi ini lebih banyak dapat dilihat dalam kalangan kanak-kanak kerana dunia mereka yang hanya "bermain".



KEPENTINGAN PERMAINAN DALAM PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

1. Kanak-kanak- belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial

2.kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah apabila bermain 

3. kanak-kanak akan belajar menjadi pemimpin 

4.kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur





sosioemosi kanak-kanak yang gembira
ketika mewarna

                 

sosioemosi kanak-kanak dalam pergaulan

                  


emosi manusia




Sosioemosi kanak-kanak dalam kehidupan sering menunjukkan wajah gembira lebih-lebih lagi ketika bermain. Dengan bermain mereka dapat mempererat perhubungan dan menjadikan emosi bertambah baik.



                          


                             
                                                     








Cara Bermain Dam Ular


PERMAINAN DAPAT MENINGKATKAN DAYA PEMIKIRAN KANAK-KANAK 


Contoh Permainan :

  • DAM ULAR 

     
        Cara Bermain :

1. Dadu diberikan untuk mulakan permainan
2. Peserta boleh dimainkan dalam jumlah yang ramai
3. Peserta akan bermain sehingga tiba di penamat
4. Peserta yang tiba dahulu akan dikira sebagai pemenang
5. Peserta boleh bermain sambil belajar
6. Sesuai dimainkan dalam kalangan 
kanak-kanak

permainan dam yang dapat merangsang pemikiran dan perhubungan sosial

permainan dam 

Permainan dam ular ini dapat melahirkan sosioemosi kanak-kanak dan meningkatkan daya pemikiran mereka





Assalamualaikummm !